Wednesday, May 6, 2009

TERIMA KASIH SEMUA!!! Kemenangan ini adalah kemenangan mahasiswa/i USM!!!

Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Pengasih…
Assalamualaikum wbt serta salam perjuangan… Di kesempatan ini MPPUSMKK ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kepercayaan saudara-saudari dan sahabat-sahabat terhadap kepimpinan MPPUSMKK untuk meneruskan perjuangan MPP yang lepas agar membawa suara-suara mahasiswa ke arah kehidupan yang lebih adil,berkebajikan dan berwawasan tinggi. Terlalu banyak kisah suka dan duka sepanjang proses kempen pilihan raya sehingga tiba saat kemuncak iaitu tempoh pengiraan undi. Kami berasa syukur ke hadrat ILLAHI di atas kemenangan ini .Walaupun pada masa itu saya berasa berdebar-debar dan keletihan serta dicemari dengan pelbagai kontroversi yang tidak berasas, namun semangat untuk melalui liku-liku kehidupan itu dapat ditempuhi dengan bantuan dan sokongan sahabat-sahabat seperjuangan. Tidak dapat digambarkan saat-saat manis dan masam bersama rakan-rakan yang sama-sama mempromosikan calon MPPUSMKK semasa kempen yang lalu.Terlalu banyak jasa kalian pada kami. Sesungguhnya kalian-kalian kami doakan mendapat rahmat dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH swt.

Kepada pengundi-pengundi yang tidak memangkah mana-mana calon MPPUSMKK yang menang juga kami mengharapkan agar saudara-saudari berlapang dada dan elakkan sebarang tindakan yang merugikan mahasiswa/I USM serta kesejahteraan kampus itu sendiri. Marilah bersama-sama kami dalam perjuangan ini serta kami ingin mengambil kesempatan di atas kemenangan ini untuk membalas kepercayaan mahaisiwa/I yang melawan arus untuk mengundi kami. Bukalah hati serta mindamu untuk kita sama-sama berfikir kearah kesatuan ummah yang lebih baik dan membawa perubahan yang bersifat kekal serta memberi manfaat selari dengan pengiktirafan universiti APEX yang menjadi kebanggaan warga USM.

Kini, setelah hampir seminggu bergelar MPP, kami berasa sangat bersyukur di atas nikmat yang telah allah berikan sehingga kini dan menjadi harapan saya agar semua mahasisiwa/I USM memberi peluang kepada kami untuk melakukan yang terbaik di dalam apa sahaja aktiviti baik di masa sekarang mahupun di masa akan datang demi pembangunan potensi diri, mahasisiwa/I serta masyarakat kampus amnya. Segala janji-janji yang kami taruhkan untuk kemenangan ini akan saya sedaya upaya mengusahakannya agar menjadi suatu realiti. Bersama-sama lah MPPUSMKK dengan memberi kerjasama yang terbaik kerana sesuatu usaha itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sokongan yang padu dari semua pihak. Yang paling utama pergantungan kami terhadap segala amanah yang dipikul ini hanyalah pada ALLAh swt dan ingin mendapat keredhaanNYA. Kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH swt jualah sebaik-baik perancang.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar." Riwayat Ahmad. sumber: iluvislam.com

“Di antara mereka orang-orang mukmin ada yang telah menepati janjinya kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan setengah daripada sedang menunggu (janji Allah). Dan mereka sesekali tidak akan mengubah janjinya walau sedikit jua pun”- al-Ahzab :23

Ingatlah wahai sahabat dan teman seperjuangan, perjuangan ini tidak pernah dihamparkan dengan karpet merah, penuh onak dan duri, diri kamu tidak akan sesekali dihiasi dengan intan berlian, harta kekayaan, kerana tiada yang mudah dalam berjuang, tiada mahar yang lebih mahal dagangannya untuk dijual beli melainkan kamu mendapat balasan Syurga yang abadi di sisi Allah SWT, terkorban, kalah atau menang bukan ukuran kerana syahid adalah jalan yang paling kita rindui. Jika dikurniakan kemenangan maka gunakan ruang dan peluang itu untuk beramal, banyak melakukan kebaikan dan berbakti, tapi jika diberikan sedikit ujian kekalahan, maka insafilah diri kerana kita masih gagal menarik Nusrah Ilahi, tetapi janganlah pula berputus asa kerana kita tetap punya Allah Yang Maha Kuasa!

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali ‘Imran: 139).

Aplikasikanlah ia dalam setiap celahan hidupmu…. Salam perpaduan…

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia Universiti Apex Kampus Kesihatan

salam...